Kehidupan awal dan kerjaya Jenson_Button

Button dilahirkan pada 19 Januari 1980 di Frome, Somerset dan dibesarkan berdekatan Vobster.[2] Button dinamakan selepas nama rakan bapanya, Erling Jensen, dan menukarkan huruf "e" kepada "o" untuk membezakan ia daripada Jensen Motors.[3] Beliau mendapat pendidikan di Vallis First School, Selwood Middle School dan Frome Community College.[4] Ayahnya ialah bekas pemandu Rallycross, John Button. Selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia tujuh tahun, beliau dan tiga kakaknya telah dibesarkan oleh ibu mereka di Frome.[3]

Button memulakan kerjayanya dalam sukan kart pada usia lapan tahun, selepas bapanya membelikan sebuah kereta go-kart, dan memulakan kerjayanya dengan baik. Pada tahun 1989, ketika berusia sembilan tahun, beliau mendapat tempat pertama dalam kejuaraan British Super Prix.[5] Beliau memenangi kesemua 34 perlumbaan British Cadet Kart Championship pada tahun 1991, dan memenangi kejuaraan tersebut.[6] Button meneruskan jejak kejayaannya, dan memenangi tiga perlumbaan dalam kejuaraan British Open Kart. Pada tahun 1997, beliau memenangi kejuaraan Ayrton Senna Memorial Cup, dan juga menjadi pemandu termuda untuk memenangi kejuaraan European Super A.[5]

Pada usia 18 tahun, Button memenangi kejuaraan Formula Ford British bersama Haywood Racing, dan juga menang dalam Ford Festival Formula di Brands Hatch.[7] Pada akhir tahun 1998, beliau memenangi Anugerah Pemandu Muda Tahunan Autosport McLaren. Hadiahnya termasuk sebuah sesi ujian dalam kereta Formula Satu McLaren Formula Satu, yang diterimanya pada akhir tahun berikutnya.[8] Button bertanding dalam kejuaraan Formula Three British pada tahun 1999, bersama pasukan Promatecme. Beliau menang tiga kali dan menamatkan musim sebagai pemandu rookie yang terbaik, dan ketiga secara keseluruhan.[7] Beliau mendapat tempat kelima dan kedua dalam kejuaraan Marlboro Masters dan Macau Grand Prix masing-masing.[7]

Rujukan

WikiPedia: Jenson_Button http://www.abc.net.au/news/2013-03-17/raikkonen-wi... http://atlasf1.autosport.com/news/2000/jan/1919.ht... http://www.driverdb.com/drivers/11/career/ http://www.driverdb.com/racingdriver11.html http://en.espnf1.com/f1/motorsport/driver/1201.htm... http://www.f1db.com/f1/page/Jenson_Button http://fia.com/en-GB/mediacentre/pressreleases/f1r... http://www.formula1.com/news/headlines/2005/1/2540... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/10/125... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/8/1245...